Thursday 26 September 2013

SMK METHODIST ACS IPOH


GALERI MUZIUM ACS





MUZIUM ACS IPOH


                                                        SEJARAH MUZIUM ACS


     Muzium ini diasaskan pada tahun 1995 dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Ramli bin Ngah Talib selaku Menteri besar Perak pada 5 Ogos 1995 sempena perayaan 100 Tahun SMK Methodist (ACS), Ipoh.  Muzium ini terletak di antara sekolah menengah dan sekolah rendah ACS. Pada mulanya, bangunan muzium ini merupakan kelas pengajaran pada tahun  1898. Pada tahun 1909, empat buah rumah beratap telah digunakan sebagai kelas pengajaran. Selepas itu, bangunan muzium ini tidak lagi digunakan sebagai kelas pengajaran kerana bangunan baru telah dibina bagi memenuhi pertambahan pelajar.  Sebelum dijadikan muzium, bangunan tersebut merupakan tempat meyimpan buku teks (pinjaman), bilik gerakan, dan kelas pemulihan. Pada tahun 1967, kelas pemulihan digantikan dengan Bengkel Kemahiran Hidup. Bangunan muzium ini adalah bangunan tunggal asal yang masih wujud selepas beberapa bangunan yang terpenting dirancang oleh Rev.William Edward Horley dibina semula akibat kerosakan. Bangunan ini masih kekal sehingga kini walaupun pernah melalui Perang Dunia ke-2.
     Pada Oktober 2001, muzium ini telah dipindahkan dari bangunan asal ke bangunan Pusat Sumber SMK Methodist (ACS).  Bilik baru ini pada asalnya sebuah kelas Tingkatan Enam Rendah. Pengubahsuaian muzium yang lebih kemas dan teratur ini telah diilhamkan oleh Pengetua ACS  iaitu Encik Tan Teik Lee. Tujuan utama penubuhan muzium ini adalah untuk menjadikan muzium ACS sebagai pusat  sumber rujukan utama bagi pelajar. SMK Methodist (ACS) adalah sekolah Inggeris pertama di Ipoh. Segala detik peristiwa yang berlaku di sekolah  ini merakamkan sebahagian besar episod sejarah pendidikan tanah air kita. Sejarah sekolah ini mengabadikan segala prinsip, dasar, perjuangan dan kegigihan pengasas, guru-guru, dan seluruh warga ACS Ipoh dalam dua era yang berbesa iaitu era kolonialisme dan nasionalisme. Sehingga kini ACS tetap unggul sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.