SEJARAH MUZIUM ACS
Muzium
ini diasaskan pada tahun 1995 dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri
Ramli bin Ngah Talib selaku Menteri besar Perak pada 5 Ogos 1995 sempena
perayaan 100 Tahun SMK Methodist (ACS), Ipoh.
Muzium ini terletak di antara sekolah menengah dan sekolah rendah ACS. Pada
mulanya, bangunan muzium ini merupakan kelas pengajaran pada tahun 1898. Pada tahun 1909, empat buah rumah
beratap telah digunakan sebagai kelas pengajaran. Selepas itu, bangunan muzium
ini tidak lagi digunakan sebagai kelas pengajaran kerana bangunan baru telah
dibina bagi memenuhi pertambahan pelajar.
Sebelum dijadikan muzium, bangunan tersebut merupakan tempat meyimpan
buku teks (pinjaman), bilik gerakan, dan kelas pemulihan. Pada tahun 1967, kelas
pemulihan digantikan dengan Bengkel Kemahiran Hidup. Bangunan
muzium ini adalah bangunan tunggal asal yang masih wujud selepas beberapa
bangunan yang terpenting dirancang oleh Rev.William Edward Horley dibina
semula akibat kerosakan. Bangunan ini
masih kekal sehingga kini walaupun pernah melalui Perang Dunia ke-2.
Pada
Oktober 2001, muzium ini telah dipindahkan dari bangunan asal ke bangunan Pusat
Sumber SMK Methodist (ACS). Bilik baru
ini pada asalnya sebuah kelas Tingkatan Enam Rendah. Pengubahsuaian muzium yang
lebih kemas dan teratur ini telah diilhamkan oleh Pengetua ACS iaitu Encik Tan Teik Lee. Tujuan
utama penubuhan muzium ini adalah untuk menjadikan muzium ACS sebagai
pusat sumber rujukan utama bagi pelajar.
SMK Methodist (ACS) adalah sekolah Inggeris pertama di Ipoh. Segala detik
peristiwa yang berlaku di sekolah ini
merakamkan sebahagian besar episod sejarah pendidikan tanah air kita. Sejarah
sekolah ini mengabadikan segala prinsip, dasar, perjuangan dan kegigihan
pengasas, guru-guru, dan seluruh warga ACS Ipoh dalam dua era yang berbesa
iaitu era kolonialisme dan nasionalisme. Sehingga
kini ACS tetap unggul sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum.
No comments:
Post a Comment